Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya sensitif berkawan dengan DAP, sebab itu sertai PAS: Jailani | Scoop

Saya sensitif berkawan dengan DAP, sebab itu sertai PAS: Jailani

Jailani berkata, tindakan beliau meninggalkan Umno dan menyertai PAS menyebabkan dirinya dilabel sebagai pengkhianat

11:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menegaskan beliau menyertai PAS kerana tidak mahu berkawan secara paksa dengan DAP yang kini bersama Umno dalam gabungan kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, beliau sensitif apabila Umno memilih untuk bekerjasama dengan DAP meskipun pada awalnya sudah dijanjikan kepimpinan tinggi parti itu bahawa kerjasama tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

“Kalau nak paksa saya berkawan dengan satu parti terutama DAP sensitif bagi diri saya. Kerana apa? Dalam fasal 2 perlembagaan DAP ada 18 perkara.

“Satu perkara pun tidak sebut tentang mendukung dan memartabatkan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tak ada satu perkara pun yang mendukung hak Melayu dan Bumiputera. Tidak ada satu perkara pun mendukung dan memartabatkan pemerintah kita.

“Macam mana mereka (Umno)… (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi nak suruh saya berkawan dengan DAP. Kerana itu saya pindah kepada PAS. Saya nak bersama-sama satu akidah, satu perjuangan, satu bangsa dan watan yang sama. Ini tidak boleh dijual beli,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto di Gua Musang, Kelantan malam tadi.

Mengulas lanjut, Jailani berkata, tindakan beliau meninggalkan Umno dan menyertai PAS menyebabkan dirinya dilabel sebagai pengkhianat.

Malah katanya, tindakan tersebut menyebabkan beliau diugut saman RM100 juta yang boleh menyebabkannya bankrap.

“Kalaulah saya melompat dituduh mengkhianat kerana menyertai PAS, masuk PAS ini dapat duit ke? Dapat sengsara adalah kerana saya diugut dengan saman RM100 juta nak bankrapkan saya.

“Apa saya nak beri anak bini saya makan? Soal pendirian dan pegangan bukan main-main,” katanya.

Kelmarin, Umno sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Jailani bagi menuntut bayaran denda sebanyak RM100 juta berikutan tindakannya menyertai PAS.

Rabu lepas, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bersetuju memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta terhadap Jailani yang diumum Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sah menyertai Pas sejak Jun tahun lepas.

Susulan pengumuman itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) terikat perjanjian dan aku janji yang ditandatangani mereka di hadapan Pesuruhjaya Sumpah membabitkan bon sebanyak RM100 juta. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related