Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Berselisih faham soal kerja, lelaki parah ditetak kenalan | Scoop

Berselisih faham soal kerja, lelaki parah ditetak kenalan

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan

6:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 45 tahun parah ditetak kenalannya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Ayer Kuning Selatan, Gemencheh di Tampin, awal pagi tadi akibat berselisih faham mengenai urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Tampin, Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.30 pagi yang memaklumkan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah akibat dicederakan.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman terhadap suspek telah diperolehi selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Amiruddien berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan dan sedang dirawat di wad kecemasan Hospital Tampin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut diminta tampil ke Balai Polis Tampin dan menghubungi talian 06-4411222 atau 06-4431999 Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin bagi membantu siasatan,” katanya. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related