Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Masjid bawah Jakim diarah laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh | Scoop

Masjid bawah Jakim diarah laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan arahan sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan mengadakan solat jenazah ghaib untuk pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan arahan sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail bagi tujuan berkenaan.

“Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat.

“Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua Masjid Jakim dan Jawi untuk mengadakan solat ghaib,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Laporan media antarabangsa menyebut Ismail, terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.

Ismail berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian pada Selasa.

Pada April lalu, tiga anak Ismail iaitu Hazem, Amir dan Mohammed serta cucunya terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza, ketika mereka melawat kem pelarian Shati. – 31 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related