Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya nafi keluarkan arahan ‘mesej berhantu’, ini dakyah, konspirasi politik kotor | Scoop

Saya nafi keluarkan arahan ‘mesej berhantu’, ini dakyah, konspirasi politik kotor

Jazlan berkata, meskipun berdepan situasi itu, ia tidak menggugat fokus utama PH untuk memastikan kemenangan calonnya daripada BN di PRK DUN Nenggiri

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menafikan ‘mesej berhantu’ tular yang mendakwa kononnya beliau memberikan arahan kepada PKR, supaya tidak memakai baju Pakatan Harapan (PH) ke kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (PRN) Nenggiri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan itu berkata, beliau juga tidak pernah mengeluarkan arahan agar mereka yang ingin memasuki kawasan berkenaan hanya boleh memakai baju Umno, BN dan bebas.

Katanya, dakwaan dinyatakan dalam mesej disebarkan menerusi Whatsapp dan Telegram itu adalah dakyah serta konsprirasi politik kotor lawan.

“Pada petang tadi (semalam), berlegar mesej berhantu di aplikasi Whatsapp dan Telegram yang memburukkan nama saya.

“Ini adalah satu dakyah dan konspirasi politik kotor daripada pihak lawan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya pernyataan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jazlan berkata, meskipun berdepan situasi itu, ia tidak menggugat fokus utama PH untuk memastikan kemenangan calonnya daripada BN di PRK DUN Nenggiri.

“Seluruh jentera parti di dalam Kerajaan Perpaduan bersemangat dan kekal fokus dalam memenangkan calon BN DUN Nenggiri,” katanya.

Terdahulu, kecoh satu mesej tular mendakwa Ahman Jazlan yang juga Pengerusi Umno Kelantan, mengeluarkan arahan berkenaan, sehingga mencetuskan tanda tanda dan kekecohan dalam kalangan jentera PKR.

“PKR terima arahan daripada Toklan (Jazlan) tak boleh pakai baju PH masuk kawasan Nenggiri, hanya boleh pakai baju Umno/ BN/ bebas,” menurut mesej itu.

Ia kemudian ditanya seorang individu sama ada arahan itu benar atau sebaliknya.

“Assalam sahabat, Betul ko (ke) arahan ni, sedang viral dalam kalangan jentera PKR,” soalnya. – 31 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related