Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Subsidi diesel tidak akan dipertimbangkan untuk bas persiaran: KPDN | Scoop

Subsidi diesel tidak akan dipertimbangkan untuk bas persiaran: KPDN

Bas persiaran bukan untuk kegunaan harian penumpang seperti bas ekspres, bas henti-henti dan bas sekolah

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi diesel tidak akan dipertimbangkan ke atas bas persiaran kerana kenderaan ini bukan digunakan untuk kegunaan harian penumpang seperti bas ekspres, bas henti-henti dan bas sekolah.

Sebaliknya, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terdapat 33 kenderaan yang dikenal pasti terlibat secara langsung melalui rantaian pembekalan barang-barang keperluan menerima subsidi diesel.

“10 jenis kenderaan pengangkutan darat awam di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 dan 23 jenis kenderaan pengangkutan darat barangan di bawah SKDS 2.0. layak menerima penyasaran subsidi diesel itu.

“Bagi bas persiaran, Kementerian Kewangan menetapkan subsidi diesel tidak dipertimbangkan memandangkan kenderaan ini bukan digunakan untuk kegunaan harian penumpang seperti bas ekspres, bas henti-henti dan bas sekolah,’’ katanya menerusi jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Negara semalam.

Ia bagi menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula penarikan subsidi diesel kepada pengusaha bas persiaran dan pengangkutan.

Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) sebelum ini mengumumkan kenaikan sebanyak 20% daripada harga sewaan bas dan van persiaran sedia ada bermula 17 Jun lalu.

Presidennya, Leong Hoon Min berkata, kenaikan itu merupakan langkah sementara yang diambil sehingga kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan bas dan van persiaran dalam kategori SKDS 1.0.

Dalam pada itu, bagi kenderaan pengangkutan bahan binaan pula, kerajaan secara bersetuju melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi kontrak-kontrak kerajaan untuk membantu kontraktor G1 yang terkesan dengan kenaikan harga barang binaan.

Keputusan itu sedang dalam proses perbincangan antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Agensi dan kementerian berkaitan diminta mengkaji kenderaan yang digunakan oleh kontraktor kecil ini bagi mencari mekanisme yang sesuai untuk menangani kenaikan harga bahan binaan,’’ katanya. – 30 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related