Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isu sumbangan arak hanya lakonan, Gerakan tidak akan berani keluar PN: Puad | Scoop

Isu sumbangan arak hanya lakonan, Gerakan tidak akan berani keluar PN: Puad

Percayalah, apabila PAS dapat kuasa nanti, parti itu akan ikut sahaja cakap Gerakan pasal arak

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Perang mulut’ antara Gerakan dan PAS berhubung isu sumbangan disalurkan syarikat arak ke sekolah vernakular didakwa sekadar lakonan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan Gerakan kononnya parti itu tidak teragak-agak keluar daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya terus berdepan perbezaan pendapat berhubung kontroversi dana sekolah Cina, tidak akan berlaku.

Manakala, katanya, Gerakan mengetahui kekecewaan PAS berhubung isu itu sekadar lakonan untuk meraih kuasa.

“Gerakan tidak akan keluar PN. PAS dan Gerakan sama-sama berlakon. Gerakan tahu PAS hanya berlakon isu arak demi mendapatkan kuasa.

“Percayalah, apabila PAS dapat kuasa nanti, parti itu akan ikut sahaja cakap Gerakan pasal arak. Semua jadi harus,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Puad berkata, PAS juga tahu Gerakan hanya mengugut untuk tidak bersama gabungan berkenaan, tetapi hakikatnya parti pimpinan Datuk Dominic Lau itu tidak berani berbuat demikian.

“PAS tahu Gerakan cuma mengugut. Ia (Gerakan) parti nyamuk. Hanya melukut tepi gantang.

“(Gerakan) Mana berani keluar PN. Tiada tempat lain untuk mengemis,” katanya.

Isu sumbangan daripada syarikat arak terbabit tercetus susulan tular gambar Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu menghadiri majlis kutipan dana di sebuah sekolah di Sepang, baru-baru ini.

Perkara itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan pelbagai pihak susulan memperlihatkan syarikat arak turut hadir dan memberi dana kepada sekolah yang dianggap tidak bermoral.

Ia sekali gus dibantah banyak pihak kerana didakwa mempromosikan amalan tidak baik dalam kalangan pelajar, selain bercanggah dengan garis panduan KPM.

Justeru kontroversi itu, Dominic yang juga Presiden Gerakan berkata, syarikat berkaitan arak atau rokok tidak wajar dihalang memberi dana kepada sekolah aliran Cina, memandangkan selama ini institusi pendidikan berkenaan tidak menerima dana mencukupi kerajaan untuk beroperasi.

Susulan pendirian rasmi Gerakan berhubung isu derma daripada hasil arak kepada sekolah itu, PAS memberi bayangan bahawa parti terbabit mungkin tidak akan bersama dengan Gerakan di bawah gabungan politik serupa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 kelak.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, tindakan Gerakan dalam isu berkenaan sangat mengecewakan.

Ketua Penerangan Gerakan, Wendy Subramaniam pula mengingatkan PAS bahawa mana-mana parti yang ingin membentuk kerajaan Pusat, harus mendapatkan sokongan pengundi semua kaum dan menerima hakikat pembentukan masyarakat majmuk.

Jelasnya, Gerakan menghormati pendirian politik dan perjuangan PAS, namun percaya PAS akan menghormati Malaysia sebagai negara berbilang kaum, di mana setiap kaum harus saling memahami dan menghormati hak masing-masing.

Kemelut isu berkenaan semakin panas apabila Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong menegaskan, parti itu tidak teragak-agak keluar PN dan kekal teguh menyokong serta mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana, walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya.

Menjawab kenyataan Tong Keong itu, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah seperti dilaporkan FMT berkata, parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang terbabit tiada halangan jika Gerakan mengambil keputusan keluar daripada PN, susulan perbezaan pendapat berhubung kontroversi dana sekolah Cina.

Katanya, setiap parti memiliki hak dan pendirian, jadi terserah kepada Gerakan untuk membuat keputusan, terutama apabila ia merasa sudah tidak selesa berada bersama PN. – 30 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related