Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dr Mahathir dibenar keluar IJN | Scoop

Dr Mahathir dibenar keluar IJN

Dr Mahathir atau lebih dikenali Dr M dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, akibat mengalami batuk

9:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dan berehat di kediamannya selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk.

Menurut kenyataan pembantu bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir, Sufi Yusoff, kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti’ di rumah’.

Dr Mahathir atau lebih dikenali Dr M dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, akibat mengalami batuk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Dr Mahathir yang mempunyai sejarah masalah jantung, sering dilaporkan ‘keluar masuk’ hospital.

Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Kali terakhir beliau mendapatkan rawatan di IJN adalah pada 26 Januari lalu, iaitu selama hampir dua bulan akibat masalah jangkitan, sebelum dibenarkan keluar pada Mac. – 30 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related