Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pelajar Tingkatan 4 sawan, kritikal akibat hisap vape | Scoop

Pelajar Tingkatan 4 sawan, kritikal akibat hisap vape

Pelajar lelaki di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu itu dipercayai menghisap vape jenis ‘magic mushroom’ berlebihan dalam kejadian Isnin lalu

1:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki sekolah menengah di Kemaman, Terengganu, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan sekolahnya, dipercayai akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis ‘magic mushroom’ berlebihan dalam kejadian Isnin lalu.

Susulan situasi cemas itu, pelajar Tingkatan Empat itu dihantar mendapatkan rawatan perubatan segera, sebelum dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman.

Menurut maklumat sumber, mangsa dikatakan mengalami kesan teruk akibat daripada pengambilan alat berkenaan.

Katanya, murid yang menyaksikan kejadian itu pada jam 10.30 pagi, memaklumkan kepada guru sebelum mangsa dihantar keluarganya ke klinik kesihatan terdekat.

Mangsa kemudian dilaporkan dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami sawan kritikal berpunca dari pengambilan perisa bahan kimia berbahaya itu berlebihan.

Dia dilaporkan masih dirawat di hospital berkenaan.

“Kegiatan menghisap vape dalam kalangan pelajar di sekolah terbabit dikesan aktif sejak tiga tahun lalu.

“Ia sudah berada pada tahap yang membimbangkan,” kata sumber.

Berikutan itu satu laporan polis dibuat keluarga mangsa pada Jumaat lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi media mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan daripada keluarga mangsa. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related