Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Nak kuasai Pusat harus dapat sokongan pengundi semua kaum, Gerakan ingatkan PAS | Scoop

Nak kuasai Pusat harus dapat sokongan pengundi semua kaum, Gerakan ingatkan PAS

Gerakan menghormati pendirian politik dan perjuangan PAS, namun percaya PAS akan menghormati Malaysia sebagai negara berbilang kaum, di mana setiap kaum harus saling memahami dan menghormati hak masing-masing

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gerakan mengingatkan PAS bahawa mana-mana parti yang ingin membentuk kerajaan Pusat, harus mendapatkan sokongan pengundi semua kaum dan menerima hakikat pembentukan masyarakat majmuk.

Ketua Penerangannya, Wendy Subramaniam berkata, kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang kecewa dengan Gerakan dalam isu sumbangan dana arak kepada sekolah, disifatkan hanya kenyataan peribadi pemimpin itu.

Katanya, Gerakan menghormati pendirian politik dan perjuangan PAS, namun percaya PAS akan menghormati Malaysia sebagai negara berbilang kaum, di mana setiap kaum harus saling memahami dan menghormati hak masing-masing.

“Kenyataan Ahmad Fadhli adalah kenyataan persendirian beliau. Kita hormat, akan tetapi kita ketengahkan pendapat kita.

“Mana-mana parti yang ingin memenangi kuasa Pusat harus mendapatkan sokongan pengundi dari semua kaum dan menerima hakikat pembentukan masyarakat majmuk.

“Adalah tidak dapat dielakkan bahawa parti-parti komponen akan mempunyai pandangan berbeza mengenai beberapa isu, dasar atau kejadian.

“Tetapi akhirnya, perkara tersebut harus dibincangkan dalam pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk mencari titik persamaan yang boleh diterima semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, PAS memberi bayangan bahawa parti itu mungkin tidak akan bersama dengan Gerakan di bawah gabungan politik serupa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 kelak.

Ahmad Fadhli berkata, ia susulan pendirian rasmi Gerakan berhubung isu derma daripada hasil arak kepada sekolah yang hangat diperkatakan dan tindakan Gerakan dalam isu berkenaan sangat mengecewakan PAS.

Ia susulan kenyataan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dalam sidang medianya semalam bahawa, syarikat berkaitan arak atau rokok tidak wajar dihalang untuk memberi dana kepada sekolah aliran Cina, memandangkan selama ini institusi pendidikan itu tidak menerima peruntukan mencukupi daripada kerajaan untuk beroperasi.

Malah, katanya, Gerakan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang kutipan dana daripada syarikat luar, sekiranya kerajaan tidak mahu menyediakan peruntukan secukupnya kepada semua aliran sekolah.

Mengulas lanjut, Wendy berkata, Gerakan tetap berpegang kepada pendirian bahawa kerajaan harus melonggarkan garis panduan dan membenarkan sekolah Cina bebas memilih rakan kongsi untuk menganjurkan aktiviti.

“Saya bersetuju bahawa ahli-ahli parti komponen PN mempunyai pandangan berbeza terhadap pendirian Gerakan dalam isu ini, sebab itu Presiden memutuskan untuk membawa perkara ini ke mesyuarat pimpinan tertinggi PN dan bukannya membuat kenyataan sembarangan.

“Nasihat saya jangan cuba nak mengapi-apikan persefahaman dalam kalangan PN, ‘forget about it’.

“Kalau ada perbezaan, dalam PN kita duduk dan berbincang serta selesaikannya,” katanya. – 28 Julai, 2024.

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related