Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dua beranak direman, terlibat sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina | Scoop

Dua beranak direman, terlibat sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2022 dan ia melibatkan wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua beranak kerana disyaki terlibat sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13 yang didalangi beberapa petugas sebuah agensi penguat kuasa di Sandakan, Sabah.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 2 Ogos terhadap dua beranak itu dikeluarkan Majistret Marilyn Kelvin setelah permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek pertama yang berusia 50-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama anak perempuannya yang berusia sekitar 30-an dan mereka telah ditahan pada jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan.

“Kedua-dua ibu dan anak ini dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian dari Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2022 dan ia melibatkan wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dibuat susulan penahanan tersebut. – 27 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related