Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hilang sejak Isnin lalu, wanita kemurungan selamat pulang ke rumah | Scoop

Hilang sejak Isnin lalu, wanita kemurungan selamat pulang ke rumah

Berita itu dikongsikan anaknya, Maisarah Zailan, 29, menerusi WhatsApp Status, mengatakan ibunya selamat pulang ke rumah pada jam 12.45 tengah hari tadi

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita, Salina Abdullah, 50, yang menghidap kemurungan ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang dari kediamannya di Ketengah Jaya, Kerteh, Terengganu sejak Isnin lalu.

Berita itu dikongsikan anaknya, Maisarah Zailan, 29, menerusi WhatsApp Status, mengatakan ibunya selamat pulang ke rumah pada jam 12.45 tengah hari tadi.

“Assalamualaikum semua, mak Sara, Salina Abdullah telah pulang dengan selamat jam 12.45 tengah hari pada 25 Julai.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas kerjasama semua,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan, Salina keluar dari rumah dengan membawa kereta jenis Perodua Alza berwarna putih dengan nombor pendaftaran W7115U.

Menurut Maisarah, kebiasaannya jika mahu ke mana-mana, ibunya itu akan membawa adik tetapi ketika itu, adik sedang tidur.

“Kami mencarinya di merata tempat yang biasa dikunjunginya termasuk kedai-kedai dan pantai di mana dia sering duduk apabila merasa tidak sihat, namun gagal menemui sebarang jejak,” katanya.

Katanya, Salina telah mendapatkan rawatan untuk penyakit kemurungan tersebut sejak 20 tahun lepas namun disebabkan akhir-akhir ini keadaannya semakin baik maka doktor telah menukar ubat.

“Doktor menukar ubatnya daripada suntikan untuk tiga bulan sekali kepada pil. Cuma kebelakangan ini dia jarang makan pil tersebut menyebabkan kami risau dengan keadaannya,” katanya. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related