Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Harith Iskander, Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu | Scoop

Harith Iskander, Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu

Peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak mereka memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah yang sudah diselesaikan pada masa yang sama

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga, pelawak serta pelakon, Harith Iskander, 58, dan Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pada jam 12.05 tengah hari.

Harith melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Jezamine pada 24 Jun lalu.

Peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak mereka memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah yang sudah diselesaikan pada masa yang sama.

“Biasalah puncanya (bercerai) tiada persefahaman, namun semuanya berjalan secara baik dan mereka juga masih bersahabat demi anak-anak,” katanya.

Beliau memberitahu, nafkah membabitkan anak-anak juga sudah diselesaikan berserta permohonan cerai di mahkamah.

Scoop sebelum ini melaporkan mengenai tindakan Jezamine memfailkan cerai ke atas Harith namun dia enggan menyatakan punca dan sebab bertindak sedemikian.

Harith, 58, dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2010.

Pada 20 Julai lalu, Harith ketika diwawancara Daphe Iking menyatakan, keputusan mereka untuk bercerai bukanlah dilakukan secara mengejut seperti mana yang disangkakan ramai.

“Sebetulnya proses untuk bercerai ini telah berjalan agak lama dan saya harus mengaku bahawa saya telah melakukan kesilapan selama bertahun-tahun. Macam-macam kesalahan yang saya lakukan.

“Saya lelaki yang bodoh dan bertindak melakukan perkara yang yang tidak sepatutnya. Saya tidak akan memberi alasan tetapi saya telah melakukan kesilapan seperti mana yang dilakukan lelaki lain.

“Saya tidak tahu sama ada Jezamine memaafkan saya atau tidak. Tapi, dia (Jezamine) seorang yang sangat luar biasa dalam bekerja bersama-sama dan sangat berazam untuk menjadikannya berjaya,” kata Harith yang turut ditemani Jezamine dalam sesi wawancara tersebut. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related