Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isu jenayah dalam talian: Kerajaan pastikan media sosial lebih selamat digunakan, kata Fahmi | Scoop

Isu jenayah dalam talian: Kerajaan pastikan media sosial lebih selamat digunakan, kata Fahmi

Fahmi Fadzil sebelum ini berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam catatan terbaru di Facebooknya, beliau berkata pagi ini pihaknya mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

“Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya.

Fahmi sebelum ini berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi. – 24 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related