Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes jenayah: ‘Sudah 2024, tapi masyarakat masih berfikiran terpaling polis, suka menghakimi' | Scoop

Kes jenayah: ‘Sudah 2024, tapi masyarakat masih berfikiran terpaling polis, suka menghakimi’

Sikap masyarakat itu bukan sahaja mengganggu siasatan dan tidak menghormati polis, malah melukakan hati keluarga semua individu terbabit, terutama mangsa serta suspek

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jaga kata-kata dan elak mengeluarkan pandangan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa dalam mana-mana kes jenayah, termasuk insiden kematian bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Itu penegasan diberikan pakar sosial, Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran susulan pelbagai khabar angin dan cerita dibuat masyarakat berhubung sesuatu kes jenayah.

Bercakap kepada Scoop, beliau menegaskan, masyarakat seharusnya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa dalam menjalankan tugas, selain menghormati perasaan ahli keluarga setiap individu terbabit.

“Saya bercakap perkara ini secara umum, masyarakat seharusnya terus beri kepercayaan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan sebaiknya.

“Ia adalah tidak proper (betul) kepada masyarakat untuk memberikan pandangan dan spekulasi kerana kita ada badan profesional (polis) yang mengendalikan kes sebegini.

“Mereka (masyarakat) juga harus faham bila mereka buat pandangan dan spekulasi, tindakan itu akan menyentuh perasaan ahli keluarga (mangsa dan suspek),” katanya.

Mohammad Shatar, spekulasi dikeluarkan masyarakat kebanyakannya hanya pandangan cetek, tidak berasas dan tiada bukti kukuh semata-mata bagi ‘mensensasikan’ kes.

Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, masyarakat harus faham apabila mereka buat pandangan dan spekulasi, tindakan itu akan menyentuh perasaan ahli keluarga. – Gambar Agensi Kelayakan Malaysia, 20 Julai, 2024

“Orang ramai perlu melatih diri, jangan beri pandangan hanya berdasarkan pemahaman kita yang cetek (mengenai sesuatu kes itu).

“Kalau kita lihat negara membangun yang maju apabila melibatkan kes sedemikian, segala maklumat hanya dikeluarkan pihak berwajib.

“Masyarakat mereka tidak akan keluarkan pandangan sendiri kerana ia akan memberikan impak negatif, sama ada kepada individu terlibat atau ahli keluarga pihak terbabit (mangsa atau suspek),” katanya.

Sementara itu, peguam Fahmi Abd Moin meminta masyarakat, terutama netizen berhenti menghakimi perkara yang mereka sendiri tidak tahu kebenarannya.

Menurutnya, orang ramai perlu menghormati tugas polis dan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak dengan menyebarkan cerita bersifat spekulasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada kesalahan jenayah dilakukan.

“Kita dah berada di tahun 2024 pun masyarakat kita masih berfikiran begini (suka buat spekulasi)…dah banyak kita dengar sebelum ini tentang kes jenayah high profile (mendapat tumpuan negara) yang kesahihan cerita itu tidak benar.

“Biar pihak polis siasat, jangan beri tekanan kepada pihak sedang menjalankan siasatan dengan pelbagai cerita spekulasi. Janganlah nak jadi ‘terpaling polis, terpaling hakim’.

“Jangan terus menghakimi dan biarkan proses undang-undang berjalan. Lebih baik kita berdiam agar tidak menyakiti hati mana-mana pihak, terutama keluarga mangsa,” katanya.

Bagi peguam, Fahmi Abd Moin, orang ramai perlu menghormati tugas polis dan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak dengan menyebarkan cerita bersifat spekulasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada kesalahan jenayah dilakukan. – Azim Rahman/Scoop, 20 Julai, 2024

Terbaharu, kes Nur Farah Kartini, 25, yang dipercayai menjadi mangsa bunuh kenalan lelakinya, menggemparkan negara.

Mayat wanita itu ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada Isnin lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak sejak 10 Julai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, suspek berusia 26 tahun itu adalah seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River.

Namun, di sebalik simpati orang ramai, ada segelintir netizen membuat pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara mangsa dengan suspek, terutama selepas mengetahui status lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berusia lapan bulan. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related