Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Buli siber Esha: TikTok tambah moderator teliti kandungan, kawal sesi live pelbagai bahasa | Scoop

Buli siber Esha: TikTok tambah moderator teliti kandungan, kawal sesi live pelbagai bahasa

Menurut Fahmi Fadzil, kebanyakan sesi live di TikTok berlaku tengah malam dan ada yang diadakan dalam bahasa vernakular, jadi mode pemantauan harus berubah

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyedia media sosial TikTok sudah menambah pasukan moderatornya untuk meneliti kandungan dan sesi siaran langsung pengguna platform itu secara lebih meluas, membabitkan bahasa vernakular.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan pengurusan syarikat berkenaan ketika perbincangan dengan pihak kementerian, baru-baru ini.

Langkah itu diambil susulan kes buli siber yang menyebabkan kematian pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha beberapa hari lalu yang dilaporkan mengadakan sesi live dalam bahasa Tamil.

“Satu fenomena sekarang ialah banyak daripada sesi TikTok live ini, berlaku tengah malam. Saya meneliti maklumat yang saya terima berkenaan aduan dalam kes TikTok live membabitkan mendiang Rajeswary.

“Difahamkan TikTok live itu berlaku sekitar jam 3 atau 4 pagi, jadi memang mode pemantauan perlu berubah, dalam perbincangan saya dengan pihak TikTok, mereka memaklumkan bahawa mereka memandang cukup serius kejadian ini dan mereka sangat terkesan.

“Mereka sudah dengan segera menambah jumlah moderator yang akan meneliti, termasuk kandungan dan juga sesi TikTok live dalam bahasa vernakular, termasuk Tamil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen, Yuneswaran Ramara mengenai apakah langkah diambil kementerian untuk memastikan kawalan kandungan yang efektif dalam pelbagai bahasa di platform media sosial.

“Ini kerana dalam kejadian baru-baru ini, ia melibatkan (sesi live) bahasa Tamil, justeru kita nak tahu sejauh mana kementerian memantau perkara yang menggunakan bahasa lain,” kata Yuneswaran.

Menjawab soalan wakil rakyat sama apakah tindakan diambil kementeriannya terhadap syarikat media sosial yang cuai atau leka dalam mengawal kandungan berkaitan gejala siber buli, Fahmi menegaskan pihaknya sangat serius menangani jenayah itu dengan menyifatkan ‘tiada sesiapa boleh menjadi mangsa perbuatan negatif itu’.

“Kabinet juga berpendirian semua platform media sosial ini, tidak boleh cuci tangan mengenai jenayah siber. Kita sekarang ini melihat kepada isu buli siber tapi sejujurnya banyak lagi masalah membabitkan platform media sosial.

“Berapa ramai dalam kalangan Ahli Parlimen yang menjadi mangsa scam (penipuan)? Iklan scam ini dimuat naik dalam laman media sosial.

“Jadi banyak perkara kita minta supaya platform ini segera betulkan. Saya lihat ada keperluan untuk mengambil tindakan lebih tegas dan di pihak Kabinet, kita meneliti perkara ini dan insya-Allah kita akan mengambil tindakan lebih tegas,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi mengakui di sebalik larangan membenarkan kanak-kanak di bawah 13 tahun membuaka akaun media sosial, ada sesetengah pengendali platform culas untuk membuat pengesahan berkaitan umur pemilik akaun.

“Saya minta bantuan semua ahli YB (Yang Berhormat), apabila ahli berhormat bertemu dengan kanak-kanak di bawah 13 tahun, pastikan mereka tidak membuka akaun media sosial.

“Pastikan internet kita bukan hanya lebih laju, lebih meluas, lebih murah, lebih pantas, tetapi juga lebih selamat untuk kanak-kanak serta keluarga kita,” katanya. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related