Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 16 | Scoop

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 16

Mangsa yang parah dipercayai terjatuh melalui tingkap bilik tidur utama kediaman sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri kakitangan kerajaan dekat Presint 9, Putrajaya.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya dari MERS 999 pada jam 7.50 pagi tadi dan kanak-kanak tersebut ditemukan di bahagian bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang parah dipercayai terjatuh melalui tingkap bilik tidur utama kediaman sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia di hospital.

“Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik yang ditinggalkan bersendirian kerana bapanya keluar menghantar anak sulung (kakak) ke sekolah di Presint 9 (2).

“Bapa mangsa bertugas sebagai penolong akauntan di sebuah kementerian di Putrajaya, manakala ibunya bekerja sebagai guru tadika.

“Kebiasaannya, mangsa akan ditinggalkan sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska di bawah pangsapuri berkenaan,” katanya.

Asmadi berkata, mayat mangsa masih berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya bagi proses bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, tular di media sosial gambar memaparkan kejadian terbabit. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related