Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anggota trafik terlibat kemalangan ketika kawal lalu lintas lawatan menteri | Scoop

Anggota trafik terlibat kemalangan ketika kawal lalu lintas lawatan menteri

Anggota terbabit dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut

9:03 PM MYT

 

TUMPAT – Seorang anggota polis trafik berusia 28 tahun patah paha kiri selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Kubang Panjang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata dalam kejadian pada 12.50 tengah hari itu, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sedang menghala ke Pengkalan Kubor dari Kota Bharu.

Beliau berkata anggota berpangkat konstabel itu menunggang motosikal jenis CBX 750 atas tugasan rasmi kawalan lalu lintas sempena lawatan kerja Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah van jenis Nissan Vannete C22 dipandu oleh seorang lelaki berusia 50-an yang berada di hadapan anggota itu telah membelok ke kanan.

“Anggota terbabit cuba mengelak ke kanan tetapi gagal dan terlanggar pintu van itu sehingga mengakibatkan beliau mengalami kecederaan parah selepas paha kirinya patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota terbabit dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat Inspektor Ibrahim Usman menerusi talian 010-9069696. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related