Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Gadis maut terjatuh pangsapuri di Ipoh | Scoop

Gadis maut terjatuh pangsapuri di Ipoh

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tiada unsur jenayah ditemukan pada mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

9:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang gadis ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Sungai Senam, Ipoh, Perak, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 20 tahun itu mengalami kecederaan retak di seluruh tulang belakang.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 12.09 tengah hari tadi.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar dan tidak bernafas di kawasan Sungai Senam, Ipoh, Perak.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi tujuan bedah siasat pada jam 9 pagi esok untuk mendapatkan punca kematian,” katanya.

Abang Zainal berkata, tiada unsur jenayah ditemukan pada mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil membantu siasatan.

“Saksi boleh menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Senam, Mohd Al-Shukri Nasir di talian 013-6720494 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related