Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Di mana Nur Farah Kartini? | Scoop

Di mana Nur Farah Kartini?

Wanita itu dikatakan hilang sejak Rabu lalu dan difahamkan ia berlaku selepas dia menghantar kereta sewa kepada pelanggannya

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dilaporkan hilang di Taman Universiti, Tanjung Malim sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis menerima laporan mengenai orang hilang (oh) pada kira-kira jam 1.56 pagi keesokannya.

“Polis pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit, tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di talian 05-459 6122,” katanya menerusi kenyataan.

Difahamkan, dia dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya.

Orang-Hilang

Mohd Hasni berkata, wanita itu dikatakan berkulit cerah, memiliki tinggi kira-kira 163 sentimeter (cm) dengan berat badan 58 kilogram (kg), berbadan sederhana dan mempunyai tahi lalat di bawah mata kiri.

Katanya, ketika hari kejadian, wanita itu mengenakan pakaian korporat muslimah berwarna biru jeans, bertudung dan berseluar slack hitam.

“Lokasi terakhir wanita ini adalah di Taman Universiti, Tanjung Malim,” katanya. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related