Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Nelayan ambil durian tanpa kebenaran didenda RM200, ‘Saya curi sebab nak makan’ | Scoop

Nelayan ambil durian tanpa kebenaran didenda RM200, ‘Saya curi sebab nak makan’

Roskhaizan Romli mengaku bersalah mengambil tiga biji durian di sebuah kebun di Jalan Teluk Bahang di Balik Pulau yang dianggar berharga RM200

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akibat mengambil tiga biji durian tanpa kebenaran di sebuah kebun, seorang nelayan didenda RM200 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau atas kesalahan mencuri.

Hukuman terbabit dikenakan Majistret Chia Huey Ting terhadap tertuduh, Roskhaizan Romli, 46, selepas dia mengaku bersalah mencuri buah itu di sebuah kebun di Jalan Teluk Bahang di Balik Pulau, selepas pertuduhan dikemukakan ke atasnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Huey Ting turut memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda itu.

Dia kemudian membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, Roskhaizan mencuri durian milik Neoh Aik Eng, 40, yang dianggar berharga RM200 di kebun berkenaan pada jam 12.15 tengah hari, 9 Julai lalu.

Ketika prosiding, tertuduh menjawab dia mencuri durian itu kerana ingin memakannya apabila disoal Huey Ting mengapa bertindak demikian.

“Saya curi durian sebab nak makan, minta hukuman paling ringan puan,” katanya seperti dilaporkan media. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related