Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
6 wakil rakyat Bersatu jadi Ahli Parlimen Bebas, serah kedudukan dalam dewan kepada Speaker | Scoop

6 wakil rakyat Bersatu jadi Ahli Parlimen Bebas, serah kedudukan dalam dewan kepada Speaker

Menurut Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bukan di depan presiden parti tetapi di hadapan Speaker Dewan Rakyat

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam bekas wakil rakyat Bersatu akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bebas selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan kerusi disandang mereka tidak perlu dikosongkan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, status mereka sebagai Ahli Parlimen Bebas adalah disebabkan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, katanya, soal kedudukan mereka di dalam Dewan Rakyat juga tidak berbangkit kerana ia terletak di tangan Johari.

“Status kami Ahli Parlimen Bebas adalah disebabkan oleh PN. Di mana kami duduk Insya-Allah Tan Sri Speaker yang menentukan.

“Ini jelas kami angkat sumpah bukan di depan presiden parti kami… tidak. Kami angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di hadapan YB (Yang Berhormat) Tan Sri Speaker Dewan Rakyat.

“Jadi nasib kami di tangan beliau sekarang,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan enam bekas Ahli Parlimen parti itu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri kekal sebagai wakil rakyat selepas menerima surat bertarikh semalam daripada Johari.

Mengulas lanjut, Suhaili enggan memberikan sebarang komen sekiranya keputusan itu membuka jalan kepada Ahli Parlimen pembangkang lain untuk mengikut jejak langkah mereka.

“Wallahualam. Yang itu saya tak berani nak komen. Kita tidak berhasrat untuk memporak-perandakan Dewan Rakyat… tidak.

“Kalau mereka berpandangan dan berpendapat keputusan kami ini adalah baik, kerana sekarang menjadi ahli pembangkang yang tiada peruntukan. Tetapi meraung-raung, menjerit-jerit meminta peruntukan daripada kerajaan.

“Kenapa tidak ikut kami mula-mula? Kita membuat keputusan sokong kerajaan kerana satu sebab mudah. Kita perlu peruntukan Parlimen. Itu sahaja… tegas dan jelas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu mempunyai hak untuk mengambil tindakan perundangan berhubung keputusan Speaker mengenai kedudukan mereka.

“Kalau mereka fikir ada ruang lagi untuk mereka pertikai keputusan Speaker, teruskan. Ini negara demokrasi. Kita tak boleh halang,” katanya. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related