Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isu HRD Corp: SPRM akan rakam keterangan 9 saksi esok | Scoop

Isu HRD Corp: SPRM akan rakam keterangan 9 saksi esok

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, proses merakam keterangan saksi yang sepatutnya dilakukan hari ini akan dimulakan esok kerana ada dokumen yang belum diperoleh

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil sembilan individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan terhadap isu membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Bercakap kepada Scoop, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, proses merakam keterangan saksi itu yang sepatutnya dilakukan hari ini akan mula dipanggil esok kerana ada dokumen yang masih belum diperoleh.

“Proses merakam keterangan saksi-saksi ditangguh hingga esok kerana dokumen masih diteliti dan ada yang belum diperoleh,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Walau bagaimanapun beliau tidak mendedahkan individu berkenaan ketika ditanya mengenai identiti saksi terbabit.

Terdahulu media melaporkan, SPRM sekali lagi berkunjung ke ibu pejabat HRD Corp petang ini bagi meneliti beberapa perkara susulan rampasan beberapa dokumen semalam.

Semalam Scoop melaporkan, SPRM hadir ke ibu pejabat Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Putrajaya dan HRD Corp, Bukit Damansara untuk mendapatkan dokumen-dokumen untuk siasatan.

Fokus siasatan adalah tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

Sabtu lalu, SPRM telah mengenal pasti beberapa perkara yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak terlibat berkait isu membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya.

Menurut Hishamuddin, dokumen yang diambil di ibu pejabat Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya dan HRD Corp, Bukit Damansara semalam masih diteliti, malah ada yang belum diperoleh. – Gambar Bernama, 10 Julai, 2024

Ia susulan syor Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan isu HRD Corp.

Sebelum ini Kesuma akur dengan syor dikemukakan LKAN agar merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan berkaitan, selepas syarikat kerajaan itu gagal dalam audit.

PAC mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Laporan PAC turut mendedahkan, panel pelaburan HRD Corp gagal melaporkan aktiviti pelaburan yang sepatutnya kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) atas justifikasi bahawa pengerusi panel pelaburan adalah pengerusi ALP.

Susulan itu, LKAN mengesyorkan Kesuma mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk ia kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

LKAN juga menggesa HRD Corp supaya mengkaji semula keperluan pindaan terhadap Perlembagaan Syarikat berkaitan pengurusan dan operasi syarikat agar selaras dengan peruntukan di bawah Akta PSMB 2001. – 10 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related