Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Harap Zahid serius terima kembali bekas ahli, sudah berkali sebut tapi…: Tajuddin | Scoop

Harap Zahid serius terima kembali bekas ahli, sudah berkali sebut tapi…: Tajuddin

Menurutnya, umpama pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, semua individu di dalam atau bekas ahli Umno harus melupakan sengketa lama dan kembali bersatu demi memperkukuhkan parti

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diharap serius dengan kenyataannya untuk membenarkan bekas ahli dan pemimpin Umno kembali semula ke parti berkenaan.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, perkara itu sudah berulang kali dinyatakan Ahmad Zahid namun belum direalisasikan.

Katanya, sama seperti Presiden Umno itu, bekas ahli dan pemimpin berkenaan sayangkan parti, justeru ‘gabungan’ bersama antara mereka mampu memperkukuhkannya.

“Dia kata nak buka pintu nak panggil orang datang balik, masuk balik bagus lah, kita pun suka, tapi biar betul (dilaksanakan), ini dah berkali-kali sebut, tapi tak nampak lagi ia menjadi kenyataan.

“Harap kali ini presiden benar-benar ikhlas dengan apa dia cakapkan kerana dia pun sayangan parti, dia nak parti dia menang, parti kuat semula.

“Kita di luar pun begitu, sama-sama matlamat serupa,” katanya menerusi rakaman video bersama media di sebuah program.

Tajuddin berkata, semua individu sama ada dalam atau bekas ahli Umno harus melupakan sengketa lama dan kembali bersatu satu demi memperkukuhkan parti.

“Ini soal bergaduh, laki bini pun bergaduh, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula bersama pemimpin, ahli Umno.

“Jadi kita kalau mementingkan parti, maknanya tergigit lidah hari itu tak akan tak sembuh lagi, luka sikit lidah tergigit tak akan tak sembuh-sembuh, berapa lama nak terus luka je,” katanya.

Pada sama sama, Tajuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak berharap jasa dan kesetiaannya sepanjang puluhan tahun bersama parti dihargai walau sedikit kerana beliau sangat menyayangi Umno.

Beliau turut percaya Ahmad Zahid mengingati segala jasa, pengorbanan dan perjuangannya kepada pemimpin terbabit serta Umno.

Ujarnya, beliau dan Ahmad Zahid bersama-sama saling menyokong sejak berdekad lalu, sehingga pemimpin itu mengecapi apa diraih hari ini.

“Saya tolong dia (Ahmad Zahid), dia tolong saya lantik saya jadi Ahli MKT, saya tolong dia bertanding exco Pemuda, bertanding MKT, bertanding Naib Presiden sampai bertanding Presiden hari tu pun kita sokong di Pasir Salak.

“Jadi saya percaya Zahid ingat itu semua, saya tak nak lah cakap saya lebih ke dia lebih dari segi sumbangan kita, kecuali saya ini sudah tak berguna dan (dianggap) tiada jasa kepada parti.

“Kecuali parti boleh menang, tanpa orang itu, tanpa orang ini pun boleh menang, kuat (itu lain cerita),” katanya.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata, beliau menasihatkan kepimpinan Umno supaya tidak terlalu yakin dengan kemampuan parti itu.

“Tengok apa jadi kepada PRN Sungai Bakap. Walau di kerusi itu bukan ahli Umno calonnya, tapi calon yang didukung Umno.

“Mana perginya (hala tujunya), saya diberitahu ramai tak turun mengundi, termasuk orang Umno sendiri, apa sudah jadi?” soalnya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menegaskan, Umno sentiasa terbuka untuk menerima kembali mana-mana bekas ahli dan pimpinan parti itu.

Malah, tegasnya, Umno menerima banyak permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan perkara terbabit, akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.

Wanita Umno Pasir Salak pula meluluskan usul supaya penggantungan keahlian parti itu terhadap Tajuddin ditarik balik.

Ketua Wanita Umno bahagian berkenaan, Datuk Seri Rahayu Tajuddin menerusi kenyataannya semalam berkata, penarikan penggantungan keahlian itu akan memperkukuhkan parti di Pasir Salak. – 8 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related