Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Selagi hak, perbicaraan adil Najib dinafikan, sokongan Melayu tidak akan pulih: Puad | Scoop

Selagi hak, perbicaraan adil Najib dinafikan, sokongan Melayu tidak akan pulih: Puad

Ahli MKT Umno itu juga mendakwa, kekalahan Kerajaan Perpaduan di PRK Sg Bakap berpunca daripada beberapa keputusan dan tindak tanduk mereka sejak PRK Kuala Kubu Baharu bulan lalu

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sokongan Melayu terhadap kerajaan Perpaduan tidak akan pulih selagi hak dan perbicaraan adil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinafikan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, ia kerana ahli Umno dan mereka yang bersimpati dengan nasib Najib akan bertawakuf, iaitu berkecuali dalam sesuatu hal.

“Pada ahli Umno dan ‘sympathizers’ Najib, selagi dia dinafikan hak dan perbicaraan adil, mereka akan bertawakuf.

“Sokongan Melayu tidak akan pulih,” katanya menerusi Facebook bagi mengulas mengenai kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap semalam.

Puad mendakwa, kekalahan itu juga berpunca daripada beberapa keputusan dan tindak tanduk dilaksanakan Kerajaan Perpaduan sejak pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Mei lalu yang menjadi bola tanggung kepada lawan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, penyokong Umno Umno yang bersimpati terhadap nasib Najib akan bertawakuf, iaitu berkecuali dalam sesuatu hal – Gambar Bernama, 7 Julai, 2024

“Kejayaan di KKB tidak bertahan lama. Beberapa keputusan dan tindak tanduk kerajaan selepas PRK KKB jadi bola tanggung lawan.

“Jangan cepat lupa daratan selepas menang di KKB. Jangan cepat buat kejutan. Jangan abaikan kekhuatiran rakyat,” katanya.

Puad berkata, kerajaan juga sepatutnya menggugurkan pemimpinnya yang tidak menunjukkan prestasi baik, bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti pemerintah negara.

Katanya, perkara itu sewajarnya dilakukan Kerajaan Perpaduan, daripada memberikan banyak alasan dan formula mengapa PH tewas di PRK Sungai Bakap.

“Terima sahajalah kekalahan di Sungai Bakap. Jangan banyak alasan dan formula kenapa kalah. Rakyat tidak puas hati. Trust deficit (deficit kepercayaan datang lagi,” katanya.

Keputusan PRK Sungai Bakap menyaksikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan terbabit di DUN berkenaan.

Abidin meraih 14,489 undi menewaskan Joohari yang memperoleh 10,222 undi, dengan merekodkan majoriti 4,267 undi. – 7 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related