Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Buli siber: Fahmi akan jumpa semua penyedia platform media sosial bulan ini | Scoop

Buli siber: Fahmi akan jumpa semua penyedia platform media sosial bulan ini

Ketika ini kementerian tidak berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh penyedia platform dalam mengendali aduan berkait perkara berkenaan

8:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan bertemu dengan semua penyedia platform media sosial di Malaysia pada akhir bulan ini bagi memperincikan pengurusan isu buli siber.

Fahmi berkata pertemuan itu perlu dilakukan kerana ketika ini, kementerian tidak berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh penyedia platform dalam mengendali aduan berkait perkara berkenaan.

Beliau berkata pengurusan isu buli siber di platform seperti TikTok misalnya amat mengecewakan dan seolah-olah tidak diambil serius.

“Pertemuan itu nanti akan turut disertai MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimdia Malaysia), Jabatan Peguam Negara serta pihak berkepentingan lain untuk kita lihat dan teliti perkara ini berdasarkan aduan-aduan yang telah diterima.

“Kita mahu perubahan yang menyeluruh, mahu penyedia platform lebih bertanggungjawab dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang ada di negara ini, mereka sudah meraih banyak keuntungan daripada hasil pengiklanan, jadi sekiranya ada apa-apa (aduan) mereka wajib ambil tindakan sewajarnya,” kata beliau.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Konvensyen Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan meninjau kemudahan perfileman di Kompleks Studio Merdeka Finas di Ampang hari ini.

Hadir sama Pengerusi FDAM Datuk Afdlin Shauki dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil, atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi. 

Ketika diminta mengulas kes tular membabitkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan berhadapan buli siber, Fahmi berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Di pihak MCMC, saya boleh sahkan bahawa sebelum ini pempengaruh itu ada membuat aduan tetapi ingin saya tekankan ia berkaitan isu lain dan tiada kena-mengena dengan kes buli siber yang (didakwa) menjadi punca kepada tragedi kematiannya.

“Bagaimanapun, isu-isu seperti inilah yang menjadi sebab kenapa pihak kementerian mahupun kerajaan bersungguh-sungguh mahu meneliti atau memantau aspek kandungan di media sosial dan hubungannya dengan pengurusan platform,” katanya. 

Beliau berkata kerajaan terus komited untuk memperkasakan keselamatan dalam talian terutama melibatkan kanak-kanak dan keluarga yang antara lain membabitkan isu penipuan, kesalahan jenayah seksual, judi dalam talian serta buli siber. – 6 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related