Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengundi Sungai Bakap diminta pilih calon fahami isu tempatan, ‘Abidin hanya tukang angguk Sanusi’ | Scoop

Pengundi Sungai Bakap diminta pilih calon fahami isu tempatan, ‘Abidin hanya tukang angguk Sanusi’

Malah, mengundi calon PH, Joohari akan mempercepatkan kemajuan Sungai Bakap yang sebelum ini diperlahankan akibat mentaliti PN ‘bangkang selagi boleh’

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Perikatan Nasional (PN) di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap, Abidin Ismail, dianggap sebagai ‘tukang angguk’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak memahami isu air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan berkata, Abidin juga dilihat tidak memahami Solusi kepada masalah bekalan asas rakyat itu.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila dalam satu video terbaru disiarkan Harakahdaily, Abidin berkata, cadangan Muhammad Sanusi untuk Pulau Pinang membeli air daripada loji rawatan air (LRA) Lubuk Buntar adalah ‘jalan terbaik’.

“Adakah Abidin sengaja lupa bahawa Pulau Pinang pernah membeli air daripada LRA terbabit sebelum dihentikan kerajaan Kedah pada tahun 2020?

“Adakah Abidin boleh memberi jaminan kerajaan Kedah tidak akan menghentikan sekali lagi bekalan air dan membiarkan rakyat Mukim 5 Sungai Bakap terkapai-kapai?

“Adakah Abidin terlalu naif sehingga tidak memahami bahawa cadangan Menteri Besar Kedah itu hanyalah muslihat politik Muhammad Sanusi menjelang PRK Sungai Bakap?” soalnya.

Ammar berkata, perlu diingatkan LRA Lubuk Buntar Lama masih dalam proses naik taraf dan belum disiapkan.

Katanya, projek itu juga dibiayai kerajaan Persekutuan dan bukan pentadbiran pimpinan Muhammad Sanusi.

Malah, Ammar mempersoalkan apakah jaminan bahawa LRA Lubuk Buntar akan dapat menyelesaikan masalah rakyat Mukim 5 Sungai Bakap, jika krisis air Kedah masih belum diselesaikan.

“Sedangkan Bandar Baharu, Kedah di mana terletaknya LRA Lubuk Buntar masih sehingga kini terkesan oleh masalah bekalan air.

“Kerajaan Kedah juga gagal menguruskan air dengan bertanggungjawab di mana ‘non-revenue water (NRW)’ Kedah sudah melebihi 50 peratus yang bermaksud, paip dan saluran air di negeri ini tidak diselenggara dengan baik oleh kerajaan PAS.

“Situasi itu menyebabkan lebih 50 peratus air dirawat hilang sebelum sampai ke rumah pengguna,” katanya.

Mengulas lanjut, Ammar yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah berkata, kerajaan Pulau Pinang sudah dalam proses menyiapkan tiga solusi bagi isu air di Mukim 5.

“Buat jangka masa terdekat, sistem perpaipan 5 kilometer (km) daripada LRA Bukit Panchor sedang diusahakan dan masalah di kebanyakan kawasan Sungai Bakap yang terjejas sudah diselesaikan,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan pengundi Sungai Bakap supaya mengundi calon benar-benar memahami isu tempatan dan tidak menjadi tali barut atau tukang angguk pemimpin negeri lain.

“Abidin, walaupun pernah menjadi pegawai wakil PN sebelum ini, jelas masih keliru dan tidak selari dengan perkembangan terkini yang sudah diusahakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan saudara Chow Kon Yeow.

“Undi untuk Cikgu Joohari (Dr Joohari Ariffin), calon PH-BN akan mempercepatkan kemajuan Sungai Bakap yang sebelum ini diperlahankan akibat mentaliti PN ‘bangkang selagi boleh’,” katanya.

PRK Sungai Bakat diadakan esok susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Joohari yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan dan Abidin. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related