Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas dan terbakar | Scoop

Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas dan terbakar

Pemandu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

5:04 PM MYT

 

KUANTAN – Pemandu kereta jenama Lamborghini maut, manakala seorang penumpang cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di KM 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman api dilakukan sebelum mengeluarkan pemandu lelaki yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Menurut beliau, pemandu itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

“Penumpang wanita kereta itu pula telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam,” kata beliau ketika dihubungi. – 30 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related