Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Teruk dikecam, pihak pengurusan Nilofa Group mohon maaf guna iklan berbaur lucah | Scoop

Teruk dikecam, pihak pengurusan Nilofa Group mohon maaf guna iklan berbaur lucah

Syarikat tersebut juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih kandungan pemasaran agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak selepas ini

10:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Nilofa Group akhirnya tampil membuat permohonan maaf selepas gambar digunakan untuk pemasaran produk kesihatan mereka menerima kecaman netizen kerana didakwa berbaur lucah.

Menerusi kenyataan dikongsikan di Instagram, Nilofa Group yang dimiliki usahawan selebriti terkenal, Neelofa, mengakui kesilapan dilakukan mereka berhubung pemilihan grafik dalam teknik pemasaran dilakukan.

“Assalamualaikum, pihak team Isterix (produk) memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang dihasilkan.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas salah faham yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan.

“Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat tersebut juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih kandungan pemasaran agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak selepas ini.

“Kami mengambil maklum pantau tegur daripada masyarakat dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta sensitif dalam setiap komunikasi kami pada masa akan datang.

“Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan content (kandungan) yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.

“Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan Neelofa dikecam ramai apabila menggunakan imej berbaur lucah atau ‘soft porn’ bagi mempromosikan produk kesihatan wanita di akaun Instagram produk tersebut.

Rata-rata netizen mempersoalkan penggunaan foto pada iklan berkenaan yang didakwa kurang sesuai serta tidak menjaga sensitiviti masyarakat yang menganggap isu bahagian alat sulit sebagai tabu dan tidak manis dibicarakan secara terbuka.

Tinjauan Scoop mendapati, antara foto yang mendapat kritikan ramai ialah penggunaan buah peach yang dipercayai menggambarkan vagina selain tembikai dan tomato sebagai payu dara.

Untuk rekod, Neelofa melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri yang dikenali sebagai Isterix itu pada September tahun lalu. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related