Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekas Duta Malaysia ke Belanda, Noor Farida meninggal dunia pada usia 76 tahun | Scoop

Bekas Duta Malaysia ke Belanda, Noor Farida meninggal dunia pada usia 76 tahun

Allahyarhamah menjadi Duta di Belanda dari 2000 sehingga 2007, selain merupakan pengasas bersama G25

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin yang juga pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh Setiausaha Eksekutif G25, Jasmine Zulkifli. Beliau meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jasmine dalam pesanan ringkas kepada Bernama berkata, keluarganya akan membawa jenazah ke Masjid Kampung Baru.

“Saya baru dimaklumkan oleh keluarganya bahawa Noor Farida baru sahaja meninggal dunia.

“Keluarganya akan membawa jenazah Allahyarham ke Masjid Kampung Baru setelah urusan dibuat,” katanya.

Allahyarhamah menjadi Duta di Belanda dari 2000 sehingga 2007 dan beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 2012.

Anak kelahiran Kuala Kangsar ini menyertai bidang perundangan pada 1971 dan pernah menjadi majistret, penolong kanan pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Hakim Mahkamah Sesyen. – 27 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related