Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sultan Sharafuddin dukacita kejadian curi tabung masjid | Scoop

Sultan Sharafuddin dukacita kejadian curi tabung masjid

Sultan Selangor mengingatkan mencuri adalah perbuatan keji dan dosa besar khususnya apabila melibatkan kebajikan untuk golongan kurang berkemampuan seperti asnaf dan anak-anak yatim

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian kecurian tabung masjid yang berlaku di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan rasa murka dengan pelaku terbabit yang tergamak mencuri duit tabung masjid hasil sumbangan dan sedekah orang ramai, bertujuan untuk kesejahteraan umat Islam di kariah berkenaan.

Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa mencuri adalah perbuatan keji dan dosa besar khususnya apabila melibatkan kebajikan untuk golongan kurang berkemampuan seperti asnaf dan anak-anak yatim.

“Beta juga kecewa terhadap pihak pengurusan jawatankuasa (AJK) Masjid Tengku Ampuan Jemaah kerana tidak melaporkan kejadian berkenaan secara rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Beta tidak mahu kelalaian seumpama ini berulang lagi dan menitahkan agar AJK masjid mengambil langkah pencegahan awal yang lebih berkesan, antaranya dengan mengetatkan kawalan keselamatan dan memastikan kamera litar tertutup (CCTV) sedia ada boleh berfungsi dengan baik,” katanya.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin berharap agar insiden kecurian tabung dapat dibendung dan tidak akan berlaku lagi di mana-mana masjid dan surau khususnya di Selangor. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related