Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
2 remaja ditahan reman, baling batu pada bas penyokong Perak FC | Scoop

2 remaja ditahan reman, baling batu pada bas penyokong Perak FC

Suspek ditahan penyokong Perak yang menaiki bas itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk diserahkan kepada polis

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menunggu keputusan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi, adalah antara dua suspek yang ditahan reman tiga hari kerana membaling batu pada cermin bas kelab penyokong Perak FC, semalam.

Seorang lagi suspek, kata Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar adalah penuntut kolej vokasional dan kedua-duanya yang berusia 17 serta 20 tahun itu tidak mempunyai rekod lampau.

Saringan air kencing yang dijalankan, ujar beliau, adalah negatif dadah.

Shahrulnizam memberitahu, suspek ditahan penyokong Perak yang menaiki bas itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk diserahkan kepada polis.

“Polis menerima laporan pada 8.49 malam semalam mengenai dua lelaki warga tempatan menaiki motosikal membaling batu ke arah bas yang membawa penyokong sebuah kelab bola sepak sewaktu melalui Lebuh Raya NKVE menghala arah utara.

“Kejadian berlaku selepas bas yang membawa penyokong kelab itu selesai menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),’’ katanya di sini hari ini.

Akibat perbuatan itu, katanya berlaku keretakan pada cermin bahagian penumpang kiri bas itu.

Susulan itu, katanya kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kes khianat yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Insiden itu berlaku selepas berakhirnya perlawanan Liga Super melibatkan Selangor FC dan Perak FC di stadium MBPJ, dengan keputusan perlawanan memihak kepada Selangor 2-1.

Kekecohan yang berlaku di sebuah stesen minyak di NKVE itu kini tular di media sosial. – 24 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related