Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM serah kepada Speaker Dewan Rakyat tentukan nasib 6 bekas Ahli Parlimen Bersatu | Scoop

PM serah kepada Speaker Dewan Rakyat tentukan nasib 6 bekas Ahli Parlimen Bersatu

Isu tersebut telah dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat, jadi beliau akan memutuskan tindakan seterusnya

2:50 PM MYT

 

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, soal membabitkan enam Ahli Parlimen dari Bersatu yang terhenti keahliannya akan diputuskan oleh Speaker Dewan Rakyat.

“Soal enam kerusi Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker putuskan,” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu terbabit selepas Bersatu menghantar notis pemakluman kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari semalam.

Bersatu semalam mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen parti itu yang memberikan sokongan kepada Anwar dikosongkan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Whip Bersatu yang juga Naib Presidennya, Datuk Ronald Kiandee, selepas merujuk Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, di mana keahlian parti enam wakil rakyat Bersatu itu terhenti secara serta-merta.

Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan antara lain menjelaskan seseorang Ahli Dewan hendaklah terhenti dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik saja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Dewan Rakyat akan bersidang selama 15 hari bermula Isnin ini hingga 18 Julai. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related