Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hadapi masalah enjin, pesawat Malaysia Airlines patah balik ke Hyderabad | Scoop

Hadapi masalah enjin, pesawat Malaysia Airlines patah balik ke Hyderabad

Sebaik berlepas, pesawat Boeing 737-800 tersebut berdepan dengan masalah enjin dan berpatah balik ke Hyderabad lalu mendarat pada 3.58 pagi

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH199 yang membawa 138 penumpang dan kru menuju ke Kuala Lumpur dari Hyderabad, terpaksa berpatah balik susulan isu teknikal, awal pagi tadi.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi (RGIA) pada 12.30 pagi dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7.10 pagi tadi.

Bagaimanapun sebaik berlepas, pesawat Boeing 737-800 tersebut berdepan dengan masalah enjin dan berpatah balik ke Hyderabad lalu mendarat pada 3.58 pagi, lapor The Times of India.

Dalam pada itu, video yang dimuat naik di aplikasi X menunjukkan enjin di bahagian sayap kanan pesawat itu mengeluarkan percikan api, selepas 15 minit berlepas.

Salah satu enjin pesawat Malaysia Airlines MH199 kelihatan seperti mengeluarkan percikan api – Tangkapan layar, 20 Jun, 2024

Portal berita The Hindu dalam pada itu memaklumkan Malaysia Airlines mengesahkan pendaratan cemas dan masalah enjin itu.

Jurucakap berkenaan berkata, penginapan telah disediakan kepada penumpang terjejas dan ia sedang berusaha mengatur penerbangan alternatif.

Scoop telah menghubungi Malaysia Airlines untuk perkembangan mengenai insiden dan penumpang yang terlibat. – 20 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related