Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sanusi hina golongan miskin di Kedah: Umno | Scoop

Sanusi hina golongan miskin di Kedah: Umno

Sepatutnya Menteri Besar Kedah itu melaksana tanggungjawab membantu golongan miskin, bukan meminta mereka berhenti meminta bantuan daripada kerajaan

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepatutnya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melaksana tanggungjawab membantu golongan miskin, bukannya meminta mereka berhenti meminta bantuan daripada kerajaan PAS negeri itu.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menyelar Menteri Besar itu berkata, rakyat yang mengundi PAS untuk menerajui negeri itu sudah tentu mengharapkan pemimpin memainkan peranan berkesan dalam membantu rakyat miskin.

“Itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada golongan miskin dan sudah tentu ia amat mengecewakan rakyat apabila seorang Menteri Besar meminta rakyat jangan lagi bergantung harap dengan meminta bantuan daripada kerajaan negeri.

“Mengapa pimpinan PAS ketika berkempen dalam pilihan raya tidak menyebut perkara itu dengan meminta rakyat jangan meminta bantuan daripada wakil rakyat kalau mereka menang?

“Kenapa sekarang apabila menjadi kerajaan selepas menang dalam pilihan raya, kerajaan negeri meminta rakyat miskin jangan lagi minta bantuan daripada wakil rakyat PAS.

“Adakah itu membawa maksud pimpinan kerajaan negeri mahu melarikan diri daripada tanggungjawab terhadap rakyat?” soalnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sanusi sebelum ini mahu penduduk Kedah tidak terlalu bergantung kepada kerajaan negeri kerana budaya penggantungan keterluan akan menyebabkan mereka tidak merdeka dan mudah diperkotak-katikkan.

Sambil menyifatkan ia sebagai budaya yang perlu diubah, Sanusi berkata, beliau mahu semua orang mendapat kebebasan dan membuat pendirian berdasarkan ilmu dan iman.

Menurut Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah, kerajaan negeri perlu merangka strategi khusus bagi mencari jalan penyelesaian untuk menghapuskan kemiskinan di Kedah.

“Kalau di zaman Umno BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, kita memang meletakkan agenda membasmi kemiskinan rakyat itu sebagai agenda utama yang perlu dilaksanakan secara berterusan dan bukan secara ‘one off’.

“Kita pun tak pernah sebut supaya rakyat jangan minta bantuan daripada kerajaan Umno dan BN ketika kita memerintah,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kenyataan Sanusi itu sangat menghina dan tak boleh diterima.

“Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri yang ditunjangi oleh Perikatan Nasional (PN) tak mampu bawa mandat yang telah diberikan dan gagal memahami denyut nadi rakyat.

“Ia memberi mesej yang jelas kerajaan negeri dan Menteri Besar seumpama berada dalam situasi yang serba tidak kena dimana tiada satu pun perancangan dan pengumuman yang dibuat berjaya dilaksanakan.

“Kenyataan Sanusi ini harus ditimbang tara dengan baik oleh rakyat dalam pertimbangan mereka dalam proses memperbaharui mandat pada masa akan datang,” katanya. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Related