Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Subsidi diesel: Agensi pelancongan, bas Singapura-Malaysia jangka kenaikan tambang 20% | Scoop

Subsidi diesel: Agensi pelancongan, bas Singapura-Malaysia jangka kenaikan tambang 20%

Singapore Cab Booking, yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan antara Singapura dan Malaysia turut menyatakan perkhidmatan basnya terkesan dengan kenaikan harga diesel di Malaysia

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan Malaysia turut mempengaruhi suasana di seberang tambak dengan beberapa sektornya dijangka mengalami kenaikan harga tidak lama lagi.

Antaranya ialah agensi pelancongan dan perkhidmatan bas yang menjangkakan kenaikan tambang hampir 20%, lapor CNA.

Antaranya Singapore Cab Booking, yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan antara Singapura dan Malaysia yang turut menyatakan perkhidmatan basnya terkesan dengan kenaikan harga diesel di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Farid Khan berkata, harga diesel di Malaysia kini hampir sama di Singapura dan jika pihaknya ingin menaikkan harga sudah tentu pelanggannya tidak akan berpuas hati.

“Dengan harga diesel yang meningkat, kami ingin menaikkan harga buat pelanggan kami, yang merupakan satu masalah. Mereka tidak akan berpuas hati, tidak gembira dengan harga yang meningkat,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya merancang untuk menaikkan harga tambangnya sekurang-kurangnya 20% sepanjang beberapa bulan akan datang bagi pakej atau perjanjian baharu.

Dalam pada itu, agensi pelancongan EU Holidays memberitahu Mediacorp, agensi pelancongannya itu belum mengesahkan harga yang akan ditetapkan.

Pengarahnya, Ong Han Jie berkata, perbezaan keuntungan bagi pelancongan dan pengangkutan ke Malaysia agak kecil dan sebagai contoh, keuntungan bagi setiap pelanggan ke Malaysia boleh mencapai S$3 (RM10.46).

Dalam pada itu, sebuah persatuan perniagaan ayam di Singapura memberitahu Mediacorp pembekal dari Malaysia masih belum mengesahkan sama ada mereka masih layak untuk menerima subsidi diesel.

Setiausaha Persatuan Pedagang Ayam Singapura dan CEO Hup Heng Poultry Industries, Ma Chin Chew pula berkata, sekiranya mereka tidak layak, perniagaan ayam tempatan mungkin terpaksa menaikkan harga yang bergantung kepada bekalan dan permintaan. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related