Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kanak-kanak perempuan Orang Asli dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarga | Scoop

Kanak-kanak perempuan Orang Asli dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarga

Mangsa yang berusia 7 tahun dipercayai mandi bersama tiga sepupunya di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus

10:54 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas dalam satu kejadian di Sungai Nenggiri di Kampung Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 4.25 petang tadi.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa Syamley Nur Aleh Qarni Sham dipercayai mandi bersama tiga sepupunya di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus.

“Mangsa menetap di Selangor pulang ke kampung beberapa hari lepas dan mandi bersama beberapa sepupunya di sungai berkenaan yang terletak di belakang rumah.

“Kami dimaklumkan dua sepupunya sempat diselamatkan, namun mangsa gagal diselamatkan selepas dibawa arus sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Azizi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 4.25 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada 5.04 petang untuk melakukan operasi menyelamat melibatkan 11 anggota.

Bagaimanapun katanya, usaha mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 7.38 malam berikutan cuaca gelap dan arus deras, justeru operasi akan diteruskan esok. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related