Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Empat cedera kemalangan libatkan 13 kenderaan di Lebuhraya BKE, Kulim | Scoop

Empat cedera kemalangan libatkan 13 kenderaan di Lebuhraya BKE, Kulim

Empat mangsa yang cedera iaitu tiga lelaki dan seorang wanita telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat mangsa dilaporkan cedera dalam nahas membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21, Lebuhraya BKE menghala ke Baling, di Kulim, Kedah pagi tadi.

Menurut pegawai bertugas Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melalui talian Mers 999 pada jam 7.37 pagi.

“PGO Kedah telah mengarahkan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 13 buah kenderaan pelbagai jenis,” katanya dalam kenyataan.

Sebahagian kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat cedera. – Gambar ihsan Bomba, 11 Jun, 2024

Katanya, empat mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

“Tindakan operasi semasa ialah membersihkan dan menghindarkan bahaya di atas jalan raya,” katanya. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related