Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tidak benar TVET untuk orang gagal akademik: PM | Scoop

Tidak benar TVET untuk orang gagal akademik: PM

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bidang itu diwujudkan sebagai pilihan untuk memenuhi minat berbeza individu, iaitu mereka yang menyukai kemahiran

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan dan pandangan pihak tertentu bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), adalah bidang untuk individu gagal akademik.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, bidang itu diwujudkan sebagai pilihan memenuhi minat berbeza individu, iaitu yang menyukai kemahiran.

Malah, beliau berkata, disebabkan kepentingan TVET dan sedar negara harus melakukan anjakan mengenainya, kerajaan memperuntukkan RM8 bilion hingga akhir tahun ini untuk tujuan programnya, sekali gus menyaksikannya menjadi perbelanjaan tertinggi disalurkan dalam sejarah bidang itu.

“Ada anggap bahawa TVET bagi orang gagal akademik, tak benar, kalau di Jepun, sebelumnya di Jerman (bidang ini diberi perhatian). Manusia dan anak ada minat (masing-masing). sebahagian minat falsafah Sejarah, sebahagian minat Matematik, sebahagian minat Sains, ada Seni, jadi kita harus salur (minat mereka) ke bidang itu.

“Anak pilih pertukangan, mekanik, automatif, penerbangan, AI (Kecerdasan Buatan), itu harus disalur dari awal.

“Bahasa Melayu (harus dikuasai) sebagai pengantar, pendedahan kepada Bahasa Inggeris (penting untuk) dunia mencabar sekarang, tapi minat dalam bidang teknikal, elektrikal, automotif, kejuruteraan ruang angkasa, digital, itu minat sendiri, rugi kalau tak salur,” katanya.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) Negara 2024 hari ini. Beliau menegaskan, TVET adalah kemahiran yang boleh dipelajari sehingga ke peringkat tertinggi, malah menjanjikan pulangan masa depan menguntungkan – Gambar Bernama, 8 Jun, 2024

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 dan Peluncuran Dasar TVET Negara 2030 hari ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Anwar berkata, situasi sering membimbangkan masyarakat dan ibu bapa untuk pelajar menceburi program TVET adalah beranggapan, ia seolah-olah akan memfokuskan kepada bidang kemahiran itu semata-mata dengan ‘menafikan’ kepentingan ilmu tambahan lain.

Hakikatnya, beliau menegaskan, TVET adalah kemahiran yang boleh dipelajari sehingga ke peringkat tertinggi, malah menjanjikan pulangan masa depan menguntungkan.

“Jadi sekarang kita beri ruang kepada ibu bapa mahu (hantar anak) ke sekolah kebangsaan aliran Cina, Tamil, sekolah arah Maahad Tahfiz, sistem kita mengizinkan, tetapi tidak harus ada kebimbangan sekiranya kita berikan saluran dan peluang perlu disediakan kerajaan (seperti TVET),” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, disebabkan kemahiran ilmu dimiliki pelajar TVET tempatan, Malaysia menjadi pilihan negara besar dunia untuk melabur bagi mendapatkan produk dihasilkan golongan itu.

“Malaysia sekarang dalam setahun ini, lebih-lebih lagi enam bulan lalu menjadi pusat penting pelaburan dalam soal semi konduktor, (berada) di antara teratas di rantau kita.

“Hub semi konduktor dari Jerman, Amerika Syarikat, China, Eropah itu memilih Malaysia dan eksport cip Amerika Syarikat itu keperluannya 25 peratus datang dari Malaysia.

“Pesawat Boeing sayapnya baik yang (dihasilkan) di Nilai atau Selangor itu tak terbang kapal terbang Boeing atau Airbus kalau tidak disiapkan anak lulusan TVET dan jurutera di Malaysia, ini kadang-kadang tidak diketahui ramai,” katanya.

Perdana Menteri berkata, perkara itu diketahuinya secara terperinci apabila beliau bertemu beberapa tokoh Boeing di Amerika Syarikat dan Airbus, baru-baru ini yang mengakui keupayaan pakar bidang TVET Malaysia.

“Tidak boleh dimungkiri kenyataan bahawa kerana disiplin dan tenaga kerja dalam kalangan anak Malaysia ini bila diberikan amanah, ia dijalankan dengan baik dan menunjukkan passion (minat) dan hasrat untuk memberikan yang terbaik.

“Jadi saya harap hal (TVET) ini jangan kita remehkan, kadang-kadang kita bincangkan soal akademik, tetapi tidak mengenai soal nilai, soal sejarah,” katanya. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related