Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Malaysia masuki fasa hidup bersama virus Covid-19, kata Dzulkefly | Scoop

Malaysia masuki fasa hidup bersama virus Covid-19, kata Dzulkefly

Covid-19 kini sama seperti virus lain iaitu influenza dan chikugunya, bermakna kehidupan akan kembali normal tetapi pemantauan sentiasa dilakukan

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini berada di fasa hidup bersama virus Covid-19 dan dalam peralihan untuk meneruskan kehidupan seperti normal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat pasca-Kabinet peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini.

“Dalam mesyuarat pasca-Kabinet KKM, kita buat keputusan bahawa kita akan sekarang ini hidup bersama virus, kita ambil sikap untuk memulakan fasa ini sama seperti virus lain seperti influenza dan chikugunya,’’ katanya seperi dilaporkan Bernama.

Dzulkefly berkata demikian selepas merasmikan program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan, sempena sambutan Hari Denggi Asean 2024 di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira di sini, hari ini.

Menurut Dzulkefly, ini bermakna kehidupan akan kembali normal dan pemantauan akan sentiasa dilakukan.

“Maknanya kita kini kembali kepada normal, kalau ada berlaku apa-apa KKM sentiasa memantau. Dalam persiapan untuk masa hadapan kita sentiasa bersedia to kembali bertindak, buat masa ini kita kembali kepada normal… komunikasi akan dibuat dari semasa ke semasa andai berlaku kes,” katanya.

Justeru, beliau berkata rakyat perlu sentiasa peka terhadap perkembangan terkini Covid-19 dengan melayari portal KKM bagi membolehkan mereka memantau status penularan wabak berkenaan dalam negara.

“Apa yang nak saya sebutkan kita kembali kepada normal, kalau bergejala pergi jumpa doktor untuk konsultasi dan rawatan, kalau di kawasan khalayak ramai sentiasa menjaga yang lain dengan memakai pelitup muka anda,” katanya. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related