Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun | Scoop

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok

8:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi,” katanya. – 7 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related