Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dakwaan rogol pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo: Kes Ebit Lew diklasifikasikan NFA | Scoop

Dakwaan rogol pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo: Kes Ebit Lew diklasifikasikan NFA

Polis telah selesai menyiasat kes tersebut pada 14 September lalu dan keputusan dibuat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ialah tidak meneruskan kes berkenaan

5:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak akan didakwa di mahkamah melibatkan dakwaan serangan seksual ke atas seorang pempengaruh warga Indonesia, Mondy Tattoo, tahun lalu.

Peguam bela Ebit, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, ini kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kertas siasatan bagi kes itu sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

Malah katanya, polis selesai menyiasat kes tersebut pada 14 September lalu dan keputusan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ialah tidak meneruskan kes berkenaan.

“Keputusan DPP adalah tidak meneruskan kes sebab tiada kes.

“Jadi Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes dan barang kes iaitu telefon bimbit dan kad sim (milik Ebit Lew) telah dikembalikan semalam. Saya sebagai peguam Ebit Lew telah dimaklumkan sendiri oleh pihak polis semalam,” katanya kepada media.

Akberdin berkata, dakwaan merogol itu amat serius tetapi tiada kes justeru kes saman fitnah terhadap Mondy ditetapkan untuk penilaian ganti rugi pada 1 Julai ini.

Katanya, Mahkamah Sesyen Shah Alam akan memutuskan kuantumnya.

Mondy Tattoo bertemu Ebit Lew pada tahun lalu dan pertemuan itu menjadi perbincangan hangat di media sosial. – Gambar media sosial, 6 Jun, 2024

Pada 11 Oktober tahun lalu, media melaporkan kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal terbabit diserahkan kepada AGC.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

Pada 22 September tahun sama, Ebit Lew dilaporkan memfailkan saman fitnah terhadap pempengaruh media sosial, Caprice dan Mondy.

Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Ebit Lew juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Susulan itu, polis merakam percakapan Caprice yang juga penyanyi rap dan Mondy berhubung laporan terbabit. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related