Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Suapan RM1.18 juta pengurusan daftar nikah di Thailand: Tiga termasuk Pendaftar Perkahwinan direman | Scoop

Suapan RM1.18 juta pengurusan daftar nikah di Thailand: Tiga termasuk Pendaftar Perkahwinan direman

Ia bagi membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand untuk mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan

4:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis telah menahan reman tiga individu termasuk seorang pendaftar perkahwinan jabatan kerajaan di Perlis dan seorang pemilik syarikat bersama bapanya kerana disyaki terbabit rasuah lebih RM1 juta.

Ia membabitkan urusan pendaftaran perkahwinan bagi pasangan yang bernikah di Thailand.

Perintah reman selama lima hari sehingga 9 Jun ini terhadap kesemua suspek lelaki yang berusia sekitar 20, 40 dan 50-an dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Menurut sumber, suspek pertama yang bekerja sebagai Pendaftar Perkahwinan dipercayai telah menerima wang rasuah lebih RM1.18 juta daripada seorang pemilik syarikat bagi membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand untuk mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.

“Suspek pertama ini dipercayai telah berurusan dengan pemilik syarikat berkenaan menerusi perantara bapanya yang bertindak sebagai orang tengah.

“Suspek dipercayai telah melakukan perbuatan berkenaan sejak 2022 sehingga 2023 dan telah menerima wang rasuah keseluruhannya dianggarkan lebih RM1.18 juta,” katanya.

Katanya, suspek pertama telah ditahan sekitar jam 4 hingga 7 petang semalam di pejabatnya manakala pemilik syarikat dan bapanya ditahan sekitar jam 6 petang ketika hadir di Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap ketiga-tiga suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – 5 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related