Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya tidak nampak siapa lagi mampu pulihkan sistem pendidikan selain Anwar: Pakar pendidikan | Scoop

Saya tidak nampak siapa lagi mampu pulihkan sistem pendidikan selain Anwar: Pakar pendidikan

Kajian World Bank, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Program Penilaian Pelajar Antarabangsa serta Dana Anak Perserikatan Bangsa-Bangsa mengesahkan sistem pendidikan Malaysia semakin ketinggalan

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menyelamatkan, memulihkan dan mengangkat semula sistem pendidikan Malaysia yang semakin ketinggalan.

Perkara itu dinyatakan pakar pendidikan, Anuar Ahmad yang berpendapat tiada mana-mana individu mampu mereformasi sistem pendidikan negara sebaik mungkin kecuali Anwar.

Beliau berkata, kajian daripada World Bank, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), Dana Anak Perserikatan Bangsa-Bangsa (UNICEF) serta pelbagai institusi mengesahkan sistem pendidikan Malaysia semakin tertinggal.

“Sekadar meneruskan apa yang ada, kekal dengan amalan dan pemikiran sedia ada, hanya akan menyebabkan anak kita terus ketinggalan berbanding negara lain.

“Perubahan pendidikan mestilah dilakukan segera. Bukan bermula pada tahun 2027,” katanya menerusi Facebook.

Pensyarah yang juga Pakar Sosiologi Pendidikan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau pernah terlibat dalam Kaukus Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan pendidikan negara dipengerusikan Anwar.

“Saya sudah melihat sendiri kesungguhan beliau untuk menjadikan sistem pendidikan kita negara cemerlang.

“Saya masih ingat, berjam lamanya kami di bilik mesyuarat Parlimen membincangkan berbagai isu pendidikan negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan seorang pendengar cermat setiap kali sesuatu isu dibentangkan di hadapan beliau, dan menunjukkan kesungguhan untuk menjadikan sistem pendidikan negara cemerlang. – Azim Rahman/Scoop, 3 Jun, 2024

Anuar berkata, Perdana Menteri adalah seorang pendengar cermat, selain sering bertanya dan membaca setiap dokumen dibentangkan di hadapan beliau dengan teliti.

“Saya memerhati kesungguhan beliau,” katanya.

Malah, beliau berkata, Anwar sendiri sudah membuktikan pelbagai usaha kukuh dilaksanakan ketika beliau diberikan amanah sebagai Menteri Pendidikan.

Ujarnya, ia menyaksikan pelbagai dasar besar pendidikan negara diwujudkan ketika Anwar memimpin Kementerian Pendidikan, termasuk pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pakar pendidikan, Anuar Ahmad menegaskan, perubahan dalam sistem pendidikan mestilah dilakukan segera dan bukan bermula pada tahun 2027. – Gambar FB Anuar Ahmad, 3 Jun, 2024

Justeru, Anuar berkata, beliau sangat berharap Perdana Menteri akan terus mengangkat semula sistem pendidikan negara.

“Semoga ibu bapa dan guru juga mendoakan harapan saya. Kita perlukan Anwar untuk menjayakan sistem pendidikan negara. Saya tidak nampak sesiapa lagi selain beliau,” katanya.

Anwar mengemudi Kementerian Pendidikan selama lima tahun bermula 1986 hingga 1991.

Ketika itu, beliau bergelar Menteri Pendidikan di bawah Kabinet Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad – 3 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related