Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kaji semula, hentikan penglibatan firma Israel urus semua lapangan terbang di Malaysia | Scoop

Kaji semula, hentikan penglibatan firma Israel urus semua lapangan terbang di Malaysia

Tindakan kerajaan mempertimbang untuk mengambil anak syarikat Blackrock sebagai rakan kongsi konsortium dilihat sebagai tidak masuk akal

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang Profesor Hak Asasi Manusia dan Kajian Keamanan di Osaka Jogakuin University, Osaka, Jepun mendesak kerajaan supaya mengkaji semula keputusan penglibatan firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel sebagai rakan kongsi konsortium untuk menguruskan semua lapangan terbang di negara ini.

Saul Takahashi yang pernah berkhidmat di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Wilayah Palestin Yang Dijajah (OHCHR-OPT) dari 2009 sehingga 2014 berkata, tindakan kerajaan mempertimbang untuk mengambil anak syarikat Blackrock sebagai rakan kongsi konsortium itu sebagai tidak masuk akal.

Menurut beliau, Blackrock adalah pembiaya utama kepada kompleks industri ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang membolehkan berlakunya tindakan genosid oleh Israel yang masih berterusan di bumi Palestin.

“CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Blackrock sangat dikenali sebagai seorang yang lantang mendukung rejim Zionis. Saya mendapati adalah tidak masuk akal tindakan kerajaan Malaysia mempertimbang untuk mengambil anak syarikat Blackrock sebagai rakan kongsi konsortium itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pesanan video yang disiarkan Pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia di laman X hari ini.

Takahashi berkata, kesanggupan kerajaan mempertimbang penyertaan Blackrock itu adalah sangat mengejutkan memandangkan kerajaan adalah penyokong kuat Palestin.

“Itu jika kita kaji kenyataan rasmi kerajaan Malaysia sejak sekian lama (menyokong kuat Palestin).

“Saya sangat berharap bahawa kerajaan Malaysia akan mengkaji semula keputusan serta menghentikan sebarang transaksi bisnes dengan semua syarikat yang membolehkan penerusan genosid di Gaza,” tegasnya.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik perhatian sesi dewan apabila membangkitkan isu pembentukan konsortium antara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Global Infrastructure Partners (GIP) bagi memiliki pegangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Beliau mendakwa, GIP adalah milik penuh syarikat pelaburan Amerika Syarikat (AS), BlackRock Inc. yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Malah katanya, BlackRock merupakan pemegang saham kepada semua syarikat pembekal senjata yang membunuh rakyat Palestin di Gaza.

Namun perkara itu dibidas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan apa yang diketengahkan Wan Ahmad Fayshal itu adalah berlandaskan kepada andaian wakil rakyat itu semata-mata.

Beliau menambah, pihaknya cukup yakin dengan pengalaman dan profesionalisme Khazanah untuk membuat penilaian melibatkan perjanjian strategik.

Walau bagaimanpun pada 16 Mei lalu, Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki pada harga tawaran sebanyak RM11 sesaham.

Konsortium tersebut diterajui Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG) dan KWSP, serta dianggotai anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan GIP.

Keputusan itu mencetuskan rasa kurang senang pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin. – 2 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related