Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ketua Staf Operasi Darat ESSCom meninggal dunia | Scoop

Ketua Staf Operasi Darat ESSCom meninggal dunia

Berdasarkan maklumat diperolehi setakat ini mendiang pergi sekitar pukul 8 pagi tadi dan punca kematian masih belum dapat dipastikan

12:18 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCom), Datuk M Chandrasekaran, meninggal dunia di sini awal pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu dan jasad mendiang telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas di sini, untuk proses bedah siasat.

Jauteh berkata, berdasarkan maklumat diperolehi setakat ini mendiang pergi sekitar pukul 8 pagi tadi dan punca kematian masih belum dapat dipastikan.

“Saya dan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengucapkan takziah kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chandrasekaran yang bertugas dengan PDRM sejak 1994, pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu antara 2014 hingga 2018, dan mendiang meninggalkan seorang isteri serta dua anak. – 1 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related