Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Keluarga di Kg Sri Makmur sudah dapat rumah sewa dengan bantuan pihak masjid | Scoop

Keluarga di Kg Sri Makmur sudah dapat rumah sewa dengan bantuan pihak masjid

Selepas kediaman mereka dirobohkan pada Isnin lalu, pihak masjid terbabit memberi bantuan untuk penginapan hotel selama dua malam, bagi memberi masa kepada penduduk mencari rumah sewa

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sembilan keluarga yang terlibat dalam perobohon rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak sudah mendapat rumah sewa untuk penempatan sementara dengan bantuan Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur (PPSM), Noora Mustafa ketika dihubungi Scoop berkata, selepas kediaman mereka dirobohkan pada Isnin lalu, pihak masjid terbabit memberi bantuan untuk penginapan hotel selama dua malam, bagi memberi masa kepada penduduk mencari rumah sewa.

“Dua hari lalu pihak masjid turut memberikan borang kepada keluarga terbabit untuk mengisi maklumat sebagai penerima asnaf zakat dengan sewa rumah mereka akan dibayar pihak masjid.

“Jadi sekarang ini semua keluarga sudah mendapat rumah sewa, jadi pihak masjid akan membayar terus kadar sewaan kepada pemilik rumah sehingga tuntutan keluarga ini selesai,” katanya hari ini.

Sebelum ini, 14 keluarga peneroka bandar daripada Persatuan Perantau Sri Makmur sudah mendapat tawaran rumah Selangorku dan pampasan pemindahan RM1,000.

Namun apa yang menjadi persoalan adalah apabila nama sembilan lagi keluarga yang berada dalam senarai yang diusahakan PPSM tidak dimasukkan ke dalam senarai tawaran rumah berkenaan.

Rayuan mereka juga telah dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ditanya mengenai sebahagian lagi keluarga di bawah senarai kumpulan lain yang masih memacakkan khemah mereka di sekitar kawasan perobohan terbabit, Noora berkata:

“Dia tidak pasti mereka akan berada di situ sampai bila kerana ada yang turut minta tuntutan rumah.

“Difahamkan pihak pemaju akan memasang pagar Sabtu ini, jadi hendak tidak hendak keluarga yang memasang khemah itu perlu juga keluar dari kawasan terbabit.

“Pemaju juga beri masa kepada mereka hingga esok, untuk keluarkan barang-barang, jadi tengoklah esok macam mana, rasanya tidak ada lagi tolak ansur, pemaju sudah hendak memulakan projek,” katanya yang akan akan mengusahakan pertemuan dengan Menteri Besar selepas ini.

Noora turut memberitahu, dia tiada masalah jika kerajaan negeri mahu memberikan pampasan kepada semua penduduk, namun apa yang pasti kumpulan penduduk asal perlu diberikan keutamaan.

Dia turut mendakwa ada penduduk yang bersekongkol dengan pihak luar dan cuba mengaut keuntungan daripada isu pengusiran tersebut.

Pada Isnin, penduduk di Kampung Sri Makmur, Gombak meluahkan kekecewaan dan sedih kerana terpaksa pindah sedangkan mereka hanya diberikan pampasan RM1,000 dan masa yang singkat untuk berpindah.

Mereka menetap di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pengusiran itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.

Terdahulu melalui satu surat bertarikh 24 April lalu, permohonan 10 daripada 24 keluarga ditolak atas sebab ketiadaan bukti bahawa mereka menetap di Kampung Sri Makmur sejak 2006. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related