Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Individu ‘masuk’ enjin pesawat, puncanya sama ada insiden atau bunuh diri sedang disiasat | Scoop

Individu ‘masuk’ enjin pesawat, puncanya sama ada insiden atau bunuh diri sedang disiasat

Kejadian itu dimaklumkan syarikat penerbangan Belanda KLM seperti dilaporkan media Belanda

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu maut selepas termasuk dalam enjin pesawat yang sedang bergerak di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, semalam.

Kejadian itu dimaklumkan syarikat penerbangan Belanda KLM seperti dilaporkan media Belanda.

Polis tentera Belanda, Marechaussee menerusi platform X berkata, siasatan berhubung kejadian terbabit sedang dijalankan.

“Siasatan masih belum mengenal pasti identiti mangsa,” kata jurucakap Marechaussee kepada Reuters.

Menurut jurucakap itu, masih terlalu awal untuk pihak berkuasa mengatakan sama ada kejadian terbabit adalah ‘insiden’ atau tindakan ‘bunuh diri’.

Katanya, semua penumpang dan anak kapal sudah selamat keluar dari pesawat.

Manakala KLM, iaitu syarikat yang menjadi sebahagian daripada France-KLM mengatakan, pihaknya turut menyiasat kejadian terbabit. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related