Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Budi Madani bukan alternatif Padu: Fahmi | Scoop

Budi Madani bukan alternatif Padu: Fahmi

Budi Madani perlu diisi oleh semua individu yang layak untuk subsidi diesel walaupun telah daftar Padu. Ia juga bukan alternatif untuk individu yang terlepas daftar Padu

8:49 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Semua individu yang layak mendapat subsidi diesel perlu mengisi permohonan untuk Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani), walaupun sudah mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (Padu), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Budi Madani bukan alternatif untuk Padu ataupun individu yang terlepas daftar Padu.

“Ia perlu diisi oleh semua individu yang layak untuk subsidi diesel walaupun telah daftar Padu,’’ katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, perkara itu tidak dibincangkan secara khusus semasa mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kewangan akan mengadakan sesi bersama pengarang berita bagi menjelaskan butiran mengenai inisiatif Budi Madani. – 29 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related