Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis siasat pengawal peribadi kenamaan pukul pemandu e-hailing | Scoop

Polis siasat pengawal peribadi kenamaan pukul pemandu e-hailing

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja)

12:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kenamaan di sebuah hotel di sini semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, walau bagaimanapun belum ada tangkapan dilakukan setakat ini.

Namun menurut beliau, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja).

“Kertas siasatan telah dibuka, namun belum ada tangkapan dilakukan.

“Kita masih belum mengetahui mengapa lelaki (mangsa) yang juga orang kurang upaya (OKU) itu diserang. Malah mangsa yang membuat laporan itu juga tidak pasti mengapa dia diserang,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini tular pemandu e-hailing terbabit membuat laporan polis mendakwa dipukul di kepala oleh pengawal peribadi berkenaan.

Kejadian berlaku ketika dia sedang menunggu penumpang di sebuah hotel sebelum diminta mengalihkan kenderaannya.

Susulan kejadian itu, mangsa dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu Mohd Shuhaily enggan menjawab soalan sama ada mangsa masih dirawat di hospital berkenaan. – 29 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related