Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Qawiy tampil bersuara, dakwaan kes gangguan seksual tidak benar, hanya fitnah | Scoop

Qawiy tampil bersuara, dakwaan kes gangguan seksual tidak benar, hanya fitnah

Menurut Qawiy, pada awalnya dia enggan memberikan sebarang respons mengenai tuduhan itu tetapi terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan dirinya

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR– Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan kandungan Tebuk Ngaji, Qawiy menafikan dakwaan terlibat dalam kes gangguan seksual seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Qawiy atau nama sebenarnya, Abdul Qawiy Abd Rashit, 27, berkata, tuduhan tersebut tidak benar dan fitnah semata-mata.

Menurut Qawiy, pada awalnya dia enggan memberikan sebarang respons mengenai tuduhan itu tetapi terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan dirinya selain mahu mengelak salah faham.

Terdahulu, kecoh di platform X apabila seorang individu menerusi surat terbukanya mendakwa Qawiy telah menyerang dan memaki-hamunnya selain mendapat ugutan saman berhubung sebuah hantaran – Tangkapan layar, 27 Mei, 2024

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di media sosial tentang Qawiy.

“Ye sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan disini.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di media sosial adalah tidak benar dan fitnah. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT, terima kasih,” katanya menerusi hantaran di InstaStorynya hari ini.

Terdahulu, kecoh di platform X apabila seorang individu menerusi surat terbukanya mendakwa Qawiy telah menyerang dan memaki-hamunnya selain mendapat ugutan saman berhubung sebuah hantaran.

Lebih mengejutkan, individu tersebut turut menuduh Qawiy sebagai ‘penunggang agama’ dan melakukan gangguan seksual.

Malah, pemuda itu mencabar Qawiy untuk melafaz sumpah laknat di media sosialnya bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Untuk rekod, Qawiy yang mempunyai seramai 1.7 juta pengikut di aplikasi TikTok cukup popular dengan kandungan Tebuk Ngaji yang menguji hafalan dan bacaan al-Quran orang awam.

Selain itu, mereka yang berjaya menyambung ayat al-Quran akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM50 dan RM100. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related